“PERKONGSIAN 5 PETUA RESEPI PAU GEBU”

Assalamualaikum….

Pengalaman ‘CHEQ PAU’ dalam bidang perniagaan pau membuatkan ramai yang ingin tahu ilmu dan petua pau menjadi gebu,cantik,lembut dan ‘montok’. Hari ini, ‘cheq pau’ nak kongsikan 5 sebab kenapa pau yang anda buat selalunya tidak seperti anda beli di kedai?? nak tahu kenapa??? Jom kita share…

5 TIPS KAEDAH MEMBUAT PAU DENGAN BETOIII…

  1. 1) Gula perlu di sukat dengan tepat.
  2. Jika gula terlebih daripada sukatan akan menyebabkan pau anda buat menjadi lambat kembang. Apabila anda kukus,pau akan menjadi saiz kecik dan tekstur yang padat.

2)Mengelak air lebih @ kurang dalam adunan. 

Keadaan ini menyebabkan permukaan pau jadi berkedut-kedut. 

3) Jangan biarkan pau di rehatkan terlalu lama

Doh pau yang telah di masukkan inti akan di rehatkan seketika bagi proses pengembangan. Jika di rehatkan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kuih pau anda menjadi masam dan tekstur yang berongga besar serta kasar.

 4)  Pau tidak boleh di sentuh

Semasa pau di rehatkan,anda perlu pastikan pau di letak dalam pengukus. Jika anda ingin mengubah kedudukan pau,pastikan tangan tidak tersentuh pada permukaan pau.  Jika berlaku sentuhan,akan terbatal wuduk. Heheeee….gurau ja. Pau akan menjadi ‘rentat’ tauu….

5) Perlukan api dapur yang kuat

Semasa pau yang di rehatkan telah kembang dan boleh di kukus. Pastikan dapur yang di guna membuka api dengan kuat sehingga ayaq menggelegak. Jika api di kadar perlahan akan menyebabkan pau anda hasilkan menjadi ‘leper’.

Semoga petua ‘CHEQ PAU’ dapat di manfaatkan ya…….. Jom kita sahre sama-sama.

Leave a comment

Your email address will not be published.

https://172.104.47.66/ https://172.105.117.106/ https://139.162.11.163/ https://wfhslot.com/ https://kurniaslot.com/