“RESEPI PAU DAPUR IBUKU MENJADI SEJARAH….”

Pengasas awal

“KISAH GENERASI PENGASAS”

Bermula pada tahun 1976,ibuku SADIAH BINTI OMAR  ingin membantu menambahkan ekonomi keluarga dengan mula bertapak dalam perniagaan ‘nasi lemak’. Pada masa itu,arwah ayahku ABDUL HALIM BIN HJ JAAFAR adalah seorang buruh MADA dengan gaji RM 185.00 sebulan. Bangun seawal 3.00pagi bagi memulakan kerja menyiapkan nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk pauk. Sangat teruja,apabila setiap hari jualan nasi lemak mempunyai permintaan tinggi dari 50 bungkus mejadi 300 bungkus. Alhamdulillah……

Pada suatu petang, ibuku terasa diri sangat letih dan sedang tidur. Kemudian di datangi ‘big bos’ tempat kerja ayahku. Beliau melihat keadaan ibuku dan terus  berkata “kau tak boleh buat kerja macam ni,awal pagi sudah bangun. Waktu rehat kau tak cukup,dengan menjaga 2 orang anak kecil lagi. Lepas ni,boleh jadi penyakit darah tinggi tau…”

Ibuku mula berfikir dan bermunajat pada ALLAH S.W.T moga di beri pertunjuk. Pada suatu hari selepas sembahyang asar,ibuku sedang bersujud dan telah di beri bayangan situasi yang berbentuk bulat-bulat dan warna putih semuanya… “ooohhhh….kalau tak silap kuih pau rasanya”kata ibuku. Keadaan ini di kongsi cerita bersama ayahku. Dengan persetujuan bersama arwah ayahku memberi izin untuk ibuku belajar membuat kuih pau dengan saudara sebelah ayah di Sungai Besi. Cikgu pau pesan” belajar buat inti senang ja,yang susah perlu belajar buat TEPUNG PAU”.

“SELEPAS 1 BULAN BERLALU……”

Ibuku mula memberanikan diri membuat pau sendiri. Ku sangkakan…..panas berpanjangan….. cewahhh…nyanyi la plak. Malangnya ibuku gagal membuat pau. Tanpa kenal erti ‘putus asa’ ibuku nekad untuk pergi belajar semula sambil di gendong anak kecil dan seorang lagi memegang tangan. Hanya menaiki bas di tengah malam pada waktu hujan lebat.

Sepenuhnya memproses secara manual
Jualan menggunakan motosikal

 

“SEMINGGU KEMUDIAN…”

Pada tahun 1979, bermulanya detik bersejarah perniagaan kuih pau. Tanpa menggunakan sebarang mesin,menguli sepenuhnya dengan tangan. Menghasilkan 100 biji pada permulaan dengan meletak pau di kedai-kedai kuih muih sekitar kawasan arau. Kemudian meningkat kepada 400 biji menjual menggunakan motorsikal di jual sendiri oleh arwah ayahku. Oleh kerana,ibuku dan arwah ayahku adalah ORANG PERTAMA membuat kuih di PERLIS.

‘Pick Up’ jualan dari pasar malam

Tahun 1980, Permintaan semakin meningkat kepada 900 biji sehari,pekerja terdiri daripada saudara mara terdekat. Mula membeli MESIN GETAH yang telah di ubahsuai dengan harga RM 280.00. Mesin yang menggunakan 1 motor untuk 2 fungsi mesin iaitu mesin pengadun dan mesin pencanai. Pemasaran mula berkembang, berniaga di pasar malam kawasan perlis dan utara kedah menggunakan lori ‘pick up’ daihatsu dan syarikat menyediakan almari steamer di kedai-kedai. Kemudian membeli van untuk menjual ke kawasan pedalaman seperti felda ladang tebu,perumahan rakyat bukit tangga, felcra laka selatan dan banyak lagi.

Mesin getah di ubahsuai menjadi mesin pau

“CABARAN KIAN TERASA”

Setiap hari arwah ayahku akan keluar berniaga menggunakan van dengan di temani bergilir-gilir 5 orang anak sehingga lewat malam. Pelbagai cabaran yang di tempuhi seperti bekas duit jualan hilang tanpa di sedari, kemalangan di tengah malam, kebakaran dalam van,jumpa hantu terbang. Tragedi ngeri yang tak dapat di lupakan, suatu malam arwah ayahku terserempak orang kemalangan jalan raya dan terbaring berlumuran darah. Niat untuk membantu sangat membuak-buak. Keadaan jalan tersebut,kiri dan kanan di kelilingi kawasan pokok getah yang sangat tebal. Hati ayahku terdetik “kesian plak orang tu,hospital jauh plak tu”.  Apabila berhenti van,lampu spotlight menyuluh tepat cermin depan van dari arah kiri dan kanan. Ayahku terus nekad menekan pedal minyak sekuat-kuatnya. Hati penuh debaran, ke balai polis untuk membuat laporan. Rupanya kawasan tersebut adalah ‘blacklist’ cubaan merompak. Kemudian semua berpakat untuk tidak lagi berniaga menggunakan cara tersebut……

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

https://172.104.47.66/ https://172.105.117.106/ https://139.162.11.163/ https://wfhslot.com/ https://kurniaslot.com/