“ANAK PAK HALIM WARISI PERNIAGAAN PAU “

“BERMULANYA KISAH GENERASI  KEDUA..”

Namaku RAIHANAH BINTI ABDUL HALIM merupakan anak ke empat daripada 5 adik beradik. Aku merupakan seorang pelajar POLITEKNIK ,JURUSAN ELEKTRIK KUASA. Salah seorang pelajar yang menerima ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ). Merupakan pelajar perempuan kedua cemerlang. Latar belakang asalku,adalah budak sekolah pondok tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang elektrik.

“PENGHIJRAHAN PERTAMA….”

Pada tahun 2003, aku mula berhijrah ke PENENG untuk mencuba nasib pekerjaan dengan harapan yang tinggi. Menaiki bas seorang diri dari kangar ke butterworth dan menaiki feri untuk ke seberang pulau. Dengan memakai baju kurung,membawa beg pakaian dan sambil memegang fail sijil-sijilku. Temuduga dari satu kilang ke kilang lain,selama semingguku hidup di PENENG. Tidak perolehi sebarang pekerjaan. Duit yang di bawa telah habis di belanjakan. Aku sangat kecewa dengan diri ini. Pulang semula ke rumahku di PERLIS……

“REDHA IBU SANGAT PENTING !!!!”

Tanpaku sedari, rupanya penhijrahanku tidak di restui ibu. 2 orang kakak dan seorang abangku langsung tidak berminat untuk melakukan perniagaan kuih pau. Kakakku berkata “mak bagi kami belajar tinggi-tinggi,kami tak mau kerja sendiri. Nak kerja dengan jaminan kerajaan,gaji banyak. Masa depan terjamin dan senang untuk membeli aset.” Pengalaman hidup berniaga bersama ibu bapa membuat kami adik beradik berasa sangat perit hidup dalam jatuh bangun sebuah perniagaan. Sejarah menunggu ibubapaku berniaga di pasar malam sampai tertidur dalam van,cuti sekolah penuh aktiviti berniaga,balik sekolah ikut ayahku berniaga sampai lewat malam dan pelbagai cabaran peritku lalui.

“TERPAKSAKU RELAKAN”

Aku seperti anak muda yang lain,angan-angan untuk memiliki kereta sendiri sangat tinggi. Bermulanya bidang terjun dalam perniagaan tanpa sebarang ilmu perniagaan. Aku tak sampai hati melihat ibubapaku mengusahakan perniagaan kuih pau yang semakin layu di telan zaman moden. Hati yang berat memikul tanggungjawab untuk meneruskan perniagaan.

TAHUN 2007

Aku mula bertapak dengan membuat perniagaan perkongsian bersama ibuku dengan jenama “PAU HALIM”. Sapa cakap “perniagaan warisan senang nak buat!! Produk dah ada,tak payah fikir teruk-teruk untuk mencipta produk dalam pasaran, jenama dah di kenali dan kukuh,agen dan staf dah ada,bengkel dan mesin pun tersedia…” Senang ja kan…..

“ANAK TOKEY MENJADI TOGEH LAYU…”

Malangnya….semua pekerja sebaya umur ibuku. Semua buat tak tahu ja kehadiran aku,cuma arahan ibuku ja yang diguna pakai. Diorang kata”hang sapa?? anak tokey yang tak tau apa-apa. Kami ni dah lama kerja,banyak pengalaman. Kami lebih mahir dalam proses kuih pau ni. Tokey kami masih ada la”.  Perghhhh……hati seperti di tusuk kris hang tuah. Heheeee…. Kerja gila weyyyy…. Aku rasa seolah-olah “Makhluk asing (UFO) turun ke bumi”.

Tahun 2009, aku mendirikan rumahtangga. Tidak lagi melibatkan diri dengan perniagaan keluarga. Aku bersyukur di kurniakan seorang suami yang baik dan sepasang anak-anak yang comel. Doaku untuk hidup bahagia hingga akhir hayat,tewas di tengah jalan. Huhuuu….. Aku percaya,suratan ILLAHI ada hikmah di sebaliknya.

“LANGKAH PERTAMA….BUKAN SENANG UNTUK JADI SENANG DAN BUKAN SUSAH UNTUK JADI SUSAH”

‘Zero to Hero’ mak aiii….ayatttt…… Aku mula sibukkan diri dengan menghadiri pelbagai kursus oleh agensi bimbingan MADA. Oleh kerana, ibuku semakin tidak mahir pembelajaran kursus menggunakan komputer.  Pelbagai ilmuku perolehi dari segi penjenamaan, pemasaran online,rancangan perniagaan,kewangan, kemahiran amali makanan sejuk beku,pengurusan dan pelbagai ilmu perniagaan. Aku mula mendekati pelbagai agensi seperti RISDA,FAMA,MARA, JABATAN PERTANIAN,JABATAN VETERINAR,MARDI, UPEN dan lain-lain berkenaan perniagaan.

 

     

“JENAMA PAU HALIM KEPADA PAU PAK HALIM”

Tahun 2015, pendaftaran ‘trademark’ jenama PAU HALIM beserta logo telah siap di lakukan. Walaupun berilmu,tapi masih lagi tak mencukupi. Jenama tersebut tidak dapat di daftarkan kerana perkataan ‘PAU’ adalah umum. Kemudian di tukar perkataan ‘PAU’ kepada ‘PAK’ iaitu jenama ‘PAK HALIM’.

Kuih pau sejuk beku penambat hati
Suasana berniaga di tepi jalan
Tapak berniaga di pasar malam
Tapak berniaga di pasar tani

 

 

 

Penghantaran pesanan kuih pau ke sekolah

 

“RENDAH DIRI”

Aku mula masuk bengkel dan belajar dengan pekerja-pekerja yang mahir. Belajar menjadi ‘KULI’ di tempat sendiri. Tapi perniagaan warisan,banyak pantang larangnya tauuuu…. Bukan senang untuk ubah sebarang gerak kerja. Aku mula mengubah fokus ‘kuih pau panas’ kepada ‘kuih pau sejuk beku’ bagi tujuan memanjangkan jangka hayat selama 6 bulan. Akhirnya aku beralah ke bahagian pemasaran. Mula bertapak berniaga sendiri,dengan memasang khemah pau di tepi-tepi jalan utama,pasar malam,pasar tani, nat pagi,jualan online,foodtruck,cash on delivery (COD) area kangar,arau,pauh,beseri,dll. Join pelbagai karnival luar dan dalam perlis,fokus mencari agen luar untuk kuih pau sejuk beku. Disamping itu,pelbagaikan jenis inti pau seperti COKLAT, DAGING BLACK PEPPER, CENDAWAN, KELAPA MUDA, SAMBAL BILIS & HARUMANIS. Selain itu,idea ‘PAU KAWEN’ seperti inti COKLAT + STRAWBERRY, BUTTERSCOTH + MADU , SEKAYA + KACANG TANAH. Terdapat jugak,PAU MERENG. Hahaaaa…….

Antara inti pau yang unik
Pau inovasi mempunyai 2 jenis inti berbeza
Lawatan RAJA MUDA PERLIS ke tapak karnival fest @ KL
DATO NORAINI memborong pau panas
Foodtruck terbaru

 

Leave a comment

Your email address will not be published.

https://172.104.47.66/ https://172.105.117.106/ https://139.162.11.163/ https://wfhslot.com/ https://kurniaslot.com/